Berita Komputer .........Apa itu BLOGGER........?

Walaupun tidak dibaca oleh pengguna lain, ini adalah satu cara mudah dan praktikal untuk merekodkan luahan hati dan maklumat yang boleh dirujuk kembali.

08 March 2007

Berita sukan terhangat masa kini...... (bolasepak)

Gol Larsson julang United
PENYERANG Manchester United, Henrik Larsson menanduk masuk bola melepasi jangkauan penjaga gol Lille, Tony Sylva sewaktu aksi bola sepak peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford, kelmarin. – AP.
MANCHESTER – Henrik Larsson semalam membuktikan mengapa sentuhannya amat ditagih oleh Manchester United apabila menjaringkan gol tunggal yang membantu gergasi bola sepak England itu menumpaskan Lille 1-0, sekaligus mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan agregat 2-0.
Tandukan cantik Larsson pada minit 71 di Old Trafford semalam cukup untuk membantu United mengulangi kemenangan 1-0 yang dicatatkan di Perancis, dua minggu lalu.
Bagaimanapun bagi Lille, mereka gagal untuk menebus rasa tidak puas hati terhadap kemenangan kontroversi United pada peringkat pertama selepas Ryan Giggs mengambil sepakan percuma yang terlalu cepat.
Larsson, yang mengetuai kejayaan Barcelona menundukkan Arsenal ketika muncul juara Eropah musim lalu, turut meraih pujian dari jurulatih Lille, Claude Puel.
Nota: Kepada pemain-pemain bolasepak SMK NYALAS latihan akan bermula jam 5.00 petang (lepas sembahyang Asar)

2 comments:

Anonymous said...

kau punyer citer xbezt...bleh blah

Lembaga Surau Al-Siddiq Kg Tengah Paya Dalam said...

Anda pastinya kaki bola

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
kelas psv tkn4 akan bermula 19.03.07 (ISNIN) Tajuk: Potret dan Catan